5 Jenis Kain Tudung Pilihan Muslimah. No. 3 Pilihan Muslimah 2016

Posted by admin 18/07/2016 0 Comment(s)

 

Ramai yang masih keliru dalam memilih jenis kain tudung yang sesuai untuk dipakai. Ada yang memilih atas dasar kualiti dan ada juga kerana harganya. Kebanyakan kain tudung mempunyai kualiti yang berbeza mengikut harga dan itu yang mempengaruhi seseorang untuk membeli, walaupun pada asalnya tidak mengetahui bagaimana cara memakainya. Betul tak?

 

Baca untuk lebih memahami kelebihan jenis kain tudung yang anda ingin beli.

 

1. Cotton

 

Apabila melihat tudung jenis ini kembali berada di pasaran, teringat pula zaman persekolahan. Tudung jenis ini mudah digayakan kerana daripada jenis kain cotton dan mempunyai pelbagai gred. Ia mudah dibentuk pada wajah dan bersifat sejuk dan terletak kemas saat digayakan. Biasanya ia berbentuk empat segi sama dan boleh digayakan dengan pelbagai gaya.

 

2. Chiffon

 

Wah, anda dikatakan seorang yang berani jika memilih untuk memakai tudung daripada jenis chiffon. Ia bersifat licin dan terlalu sensitif. Perlu dijaga rapi. Tetapi untuk memakainya, ada caranya. Pastikan anda gandingkan dengan anak tudung jenis cotton pada bahagian dalam agar tudung ini tidak mudah lucut daripada kepala. Jika rajin, gunakan pin yang lebih untuk kemasan. Tudung jenis ini sangat sesuai untuk majlis-majlis rasmi.

 

3. Satin

 

Tudung Satin ini juga agak sukar untuk digayakan. Tetapi kelihatan mewah dan feminin. Jika dililit di kepala, akan kelihatan kemas dan terletak. Jadikan tudung jenis ini salah satu koleksi anda. Walaubagaimanapun, jika anda tahu cara yang betul, ianya tidak sukar untuk menggayakannya.

 

4. Denim

 

Kain yang menjadi kegilaan sesetengah pemakai hijab. Ia kelihatan agak ranggi, namun masih sopan. Bersifat sejuk dan mudah digayakan.

 

5. Lycra

 

Ada satu ketika, kain tudung jenis ini menjadi rebutan ramai. Ia mudah dijaga dan tidak perlu digosok. Penggayaannya pun lebih mudah dan kerana kain tudung jenis inilah terciptanya ikatan tudung tanpa pin ataupun peniti.

 

Sumber : Dara dot Com

Leave a Comment