Tips Penjagaan Tudung Bawal

Posted by admin 27/07/2016 0 Comment(s)

 

Pernah alami masalah tudung bawal anda melekat-lekat atau ada kesan turun warna? Di sini saya ingin kongsi tips penjagaan tudung bawal. Biarpun gaya pemakaian tudung ada pelbagai gaya pada zaman kini. Namun, tudung bawal masih lagi releven dan mempunyai peminatnya tersendiri.

 

Baca kesemua 6 tips dibawah.

  1. Basuh tudung bawal anda dengan cucian tangan. Rendam seketika dengan serbuk pencuci kemudian gosok perlahan-lahan tudung bawal anda.
  2. Jangan sesekali menggunakan pelembut fabrik, ini akan menyebabkan tudung bawal anda sukar untuk dibentuk ketika memakainya.
  3. Jemur tudung bawal anda di kawasan yang terlindung daripada sinaran matahari.
  4. Gosok pada sebelah dalam tudung bawal anda bagi memastikan batu kristal atau manik kekal melekat.Seelok-eloknya anda lapik tudung bawal anda dengan kain lain.
  5. Gantung tudung di tempat gantung tudung atau ikat hujungnya pada penyangkut baju.
  6. Guna kerongsang atau pin tajam bagi mengelakkan tudung berlubang atau cepat rosak.

 

Semoga tip-tip diatas dapat memberi manfaat kepada anda semua.

 

Jangan lupa layari website kami www.topscarf.com untuk melihat rekaan-rekaan tudung terkini

Leave a Comment